CO-CREATED BY CATS

KUCING SELALU IKUT KAPALA SENDIRI,
KAMI BAGI KUCING BUAT KERJA
Kucing terkenal dengan sifat yang cerewet apabila memilih makanan. Kucing bukan semata-mata untuk menguji kesabaran anda — ia adalah sebahagian daripada biologi semula jadi mereka. Kucing ialah haiwan karnivor.
Oleh itu, kucing memerlukan diet berasaskan protein haiwan untuk hidup dengan sihat. Sebab itulah resipi Physiologically Correct kami sentiasa dimulakan dengan daging yang kaya dengan protein lengkap sebagai bahan utama. Namun, makanan yang berkhasiat tidak bermakna jika kucing anda tidak mahu memakannya. Jadi, kami menyesuaikan rasa setiap resipi berdasarkan maklum balas sebenar daripada kucing bagi memastikan ia bukan sahaja berkhasiat, tapi lazat dan menyelerakan.
Apabila kami katakan makanan kami Co-Created by Cats, ia bukan sekadar slogan — ia adalah rahsia di sebalik setiap produk yang kami hasilkan.

KUCING SENTIASA MENBERI TAHU PILIHAN MEREKA
palatability
Seperti yang kita tahu, kucing sangat cerewet tentang makanan mereka. Bukan sahaja dari segi kandungan nutrisi, tetapi juga dari segi rasa. Jika mereka tidak menyukai rasanya, mereka tidak akan memakannya. Jadi, untuk mendapatkan rasa resipi kami yang tepat, kami mendapatkan pandangan daripada pakar sebenar: kucing itu sendiri. Dengan menghasilkan resipi bersama kucing yang menikmatinya, kami mendapati bahawa sesetengah kucing menggemari Ayam Tanpa Tulang dalam Kuah dengan Ubi Keledek, manakala kucing lain lebih menyukai Ayam dengan campuran Itik yang berperisa, atau malah Ikan Bilis. Ada juga kucing yang lebih gemarkan makanan berasaskan ikan dan lebih menyukai hidangan yang dipenuhi ikan, seperti Tuna berkualiti yang dicampur dengan Udang atau Ikan Bilis yang lazat.
Dengan maklum balas yang kami terima daripada kumpulan fokus kucing, kami dapat menghasilkan resipi Physiologically Tuned™ yang bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga lazat dan menyelerakan.

KAMI SAYANG KUCING SEPERTI AHLI KELUARGA, KAMI JAGA PEMAKANAN MEREKA
nutrition
Anda mungkin seorang vegetarian, tetapi kucing anda bukan.
Kucing suka rasa lazat daging asli.
Kucing ialah karnivor yang memerlukan nutrisi daripada daging.
Si bulu anda mungkin sentiasa bagi tahu anda tentang makanan yang disukainya. Fussie Cat menggunakan Daging dahulu, dengan menyediakan hidangan berkhasiat yang kaya dengan protein haiwan yang diperlukan oleh kucing untuk hidup dengan sihat.
Daging sentiasa menjadi bahan utama, manakala karbohidrat hanya digunakan dalam jumlah yang terhad. Kami menghasilkan resipi yang bukan sahaja memenuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa yang ketat, malah berjaya memikat selera kucing melalui ujian rasa mereka.
Kucing dari seluruh dunia boleh menikmati semua kegemaran mereka dalam makanan kering Market Fresh dan makanan basah yang penuh dengan rasa daripada Fussie Cat.
TIPS KESIHATAN DAN KECERGASAN KUCING
Meat first
Walaupun kucing ialah ahli keluarga kita, pemakanan mereka sangat berbeza daripada manusia. Sebagai karnivor obligat, mereka tidak dicipta untuk pemakan dengan karbohidrat tinggi.
Alam semula jadi telah memberikan kucing sistem fisiologi yang dicipta untuk memproses daging dengan cekap. Sekurang-kurangnya 20% daripada diet kucing perlu terdiri daripada protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka tapi bukan daripada sumber protein seperti soya.
Hanya sumber haiwan membekalkan protein lengkap dan asid amino yang diperlukan oleh kucing. Semua resipi Fussie Cat bermula dengan Meat First. Namun, tanpa mengira jenama makanan kucing yang anda pilih, sentiasa semak label dan pastikan ia bermula dengan sumber protein haiwan berkualiti tinggi demi kesihatan kucing kesayangan anda.
Count Carbs
Dalam pemakanan manusia, banyak pembincangan tentang karbohidrat tinggi atau renda. Tetapi bagi kucing, keperluannya lebih jelas — kucing memerlukan diet yang tinggi protein.
Makanan berkualiti tinggi biasanya mempunyai kira-kira 3 hingga 5% kalorinya daripada karbohidrat.
Stay Hydrated
Kucing tidak banyak minum air, kucing dicipta secara fisiologi untuk mendapatkan kebanyakan air yang diperlukan melalui makanan mereka.
Mangsa semula jadi kucing mengandungi kira-kira 70% air. Jadi, walaupun anda sentiasa menyediakan mangkuk air yang penuh, ia mungkin masih tidak mencukupi.
Makanan basah dalam tin mengandungi kira-kira 78% air, serupa dengan diet semula jadi kucing. Dengan Physiologically Correct makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi, dapat membekalkan keperluan air untuk kucing anda.

KAMI MENGHASILKAN MAKANAN KUCING DENGAN TARAF SEPERTI MAKANAN MANUSIA
quality control
Fussie Cat dihasilkan di dapur yang berdaftar dengan FDA di Thailand, ia juga menghasilkan makanan tin manusia.
Oleh itu, langkah-langkah keselamatan yang sama digunakan untuk melindungi makanan yang kami hasilkan untuk kucing kesayangan anda.
Kawalan kualiti kami memenuhi piawaian antarabangsa bagi memastikan kesihatan kucing anda dilindungi.
Pemeriksaan dan pemantauan terhadap bahan-bahan setiap hari, termasuk kawalan perosak, keselamatan makanan, logam berat, patogen, pencemaran dan racun perosak.

AWARD


BEST CAT FOOD
(WET)






BEST CAT TREATS


BEST CAT LITTER


